30 Samseng Cuba Belasah Anggota Polis

July 23, 2012 No Comments »

30 Samseng Cuba Belasah Anggota Polis

Petaling Jaya: Dua anggota polis cedera dalam pergelutan dengan 30 lelaki yang bertindak agresif menyerang mereka selepas tiga kali diarahkan bersurai:


Gambar Hiasan

Dalam kejadian jam 2.25 pagi semalam, polis menerima aduan daripada penduduk di sebuah flet di Taman Medan di sini, mengenai sekumpulan lelaki membuat bising di pekarangan perumahan mereka. Sedang rai hari jadi. Bertindak atas aduan itu, sepasukan polis dihantar ke kawasan berkenaan dan mendapati kumpulan lelaki terbabit sedang meraikan hari jadi salah seorang rakan mereka tetapi dalam keadaan bising dan mengganggu ketenteraman penduduk.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata dua anggotanya yang tiba di tempat itu menasihatkan kumpulan lelaki terbabit supaya menghormati privasi penduduk dan mengarahkan mereka bersurai.

Katanya, mereka akur dengan nasihat polis untuk bersurai, namun selepas anggota itu meninggalkan kawasan berkenaan, penduduk sekali lagi menghubungi polis membuat aduan sama.

“Pasukan polis yang tiba sekali lagi menasihatkan mereka bersurai dan mereka menurutinya, namun apabila polis mendapat aduan mengenai kejadian sama kali ketiga, kumpulan terbabit mula bertindak agresif dengan mengepung anggota polis.

“Dua anggota kami terpaksa meminta bantuan dan tiga lagi kereta peronda dihantar bagi membantu. Dalam pergelutan itu, polis berjaya memberkas seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai ketua kumpulan berkenaan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.

Arjunaidi berkata, dalam pergelutan itu, dua anggotanya cedera dipercayai dipukul kumpulan berkenaan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Related posts:

Leave A Response