Adda Butterfly Bekas Kekasih Mamat Sepah Bercerai
Berita terkini yang menyedihkan, Media Hiburan telah melaporkan bahawa Adda Butterfly telah bercerai dengan suaminya selepas 17 hari majlis perkahwinan mereka berlangsung. Adda turut mengesahkan berita ini dan mengaku dia sendiri belum sempat menikmati kebahagiaan sebagai seorang isteri:

“Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja. Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang.” – Adda Butterfly dipetik dari Media Hiburan.
Untuk pengetahuan, Adda Butterfly telah berkahwin dengan Ridzuan Mohammad pada 30 Mac lepas. Kenapalah sebabnya kan mungkin tiada persefahaman antara mereka ini atau ada sebab tertentu yang dirahsiakan.
