Akademi Fantasia 9, 12 Pelajar Sudah Diumumkan

March 29, 2011 No Comments »

Senarai pelajar-pelajar Akademi Fantasia 9 sudah diumumkan semalam dan hanya 12 pelajar sahaja yang layak dan akan berentap untuk akademi fantasia 9 ini. Majlis sidang media ini belangsung di Jusco Aeon Setiawangsa semalam dan kali ini memang terdapat kelainan iaitu peserta atau pelajar akademi fantasia 9 ini akan ditempatkan dan dirakam secara terbuka dari ruang legar tingkat bawah Jusco Aeon AU2 Setiawangsa yang mana orang ramai akan dapat menonton telatah dan karenah pelajar-pelajar akademi fantasia kali ini secara live.

Antara nama-nama peserta ialah:

Aida-Nur Suhada Jebat, 19 Melaka
Laika-Zulaika Zahari, 22 Selangor
Nera-Queennera Francine Francis, 19 Sabah
Miza-Roshammizah Rosli, 28 Selangor
Eka-Nur Atiqah Shariffudin, 22 Kuala Lumpur
Lena-Lenaber Haidir, 21 Sabah
Amir-Mohamad Amirullah Jahari, 19 Sarawak
Afif-Ahmad Afif Tirmizie 25 Selangor
Raqib-Fahrur Raqib Abdul Majid, 21 Melaka
Kay-Nur Khaidir Muhd, 22 Kuala Lumpur
Erul-Khairul Najmuddin Abu Samah, 20 Kuala Lumpur
Azri-Mohamad Azri Abdullah, 24 Selangor

Tenaga pengajar baru pula ialah Adlin Aman Ramli sebagai guru seni persembahan dan Ning Baizura (guru vokal persembahan) Sementara tenaga pengajar lain termasuklah Fatimah Abu Bakar (kaunselor motivasi dan guru bahasa Inggeris) yang memasuki tahun ke-8 bersama-sama AF kecuali AF4, cikgu Syafi atau nama sebenar Syafizawati Sharif (guru vokal teknikal) dan A. Aris A. Kadir (guru tarian). Diari AF9 akan disiarkan bermula 4 April ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9 hingga 9.30 malam di Astro Ria (saluran 104).

Juara AF9 bakal membawa pulang wang tunai RM200,000 serta hadiah sampingan yang akan diumumkan kemudian. Selain itu, musim terakhir ini juga bakal menyaksikan kepulangan pengacara tersohor yang begitu sinonim dengan keluarga AF iaitu Aznil Nawawi untuk mengendalikan Tirai AF, Kenangan Afnil, Diari AF dan Konsert AF.

Related posts:

Related Posts

Leave A Response