Tags

Related Posts

Share This

Astro Package Mustika Percuma

Astro Package Mustika Percuma

Bagi terus mengukuhkan kedudukan selaku pembekal pengisian kandungan utama di Malaysia, Astro dengan berbesar hati menawarkan sebuah lagi pilihan kandungan dalam bentuk definisi tinggi menerusi saluran terbaru, Mustika HD. Bermula 21 Mei 2012, para pelanggan yang melanggan kedua-dua perkhidmatan Astro B.yond HD dan Pek Mustika kini boleh menikmati saluran ini secara percuma selama 24 jam sehari tanpa sebarang bayaran tambahan di Saluran 134:

Sempena pelancaran Mustika HD pada bulan Mei ini, para pelanggan perkhidmatan Astro Byond HD berpeluang untuk menonton saluran Mustika HD dari 21 Mei hingga 31 Julai 2012. Selepas tempoh ini, para pelanggan harus melanggan kedua-dua perkhidmatan Astro Byond hddan Pek Mustika untuk terus menonton saluran Mustika HD.

Mustika HD (saluran 134) ialah sebuah saluran definisi tinggi baru yang memaparkan program-program hebat seperti dokumentari, konsert, program realiti, drama, telenovela dan telefilem 24 jam sehari yang disasarkan kepada penonton Melayu. Mustika HD ialah gudang bagi program-program hebat khusus untuk penonton Melayu dalam bentuk definisi tinggi.

Untuk menikmati saluran Mustika HD, para pelanggan Pakej Mustika hanya perlu melanggan perkhidmatan Astro B.yond dengan bayaran serendah RM20.00 sebulan. Manakala bagi para pelanggan perkhidmatan Astro B.yond pula, mereka hanya perlu melanggan Pakej Mustika dengan bayaran RM12.95 sebulan untuk menikmati saluran ini. Untuk melanggan, sila layari laman web www.astro.com.my/byond atau www.astro.com.my/mustika atau hubungi 1300 82 3838.

Kongsikan di facebook anda, Terkini ada hadiah misteri menanti setiap pengguna facebook bertuah yang “share” artikle ini Astro Package Mustika Percuma

Related posts: