Diskaun Tol 37.5% Untuk Musim Perayaan Ini
Sebanyak 24 lebuh raya bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara 10 hingga 37.5 peratus bagi kenderaan kelas 1 sempena sambutan Aidilfitri dan ulang tahun kemerdekaan negara tahun ini. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata ini merupakan diskaun dan rebat tol tertinggi pernah diberi pengendali lebuh raya di negara ini:

“Bagi pengguna kenderaan kelas 1 yang menggunakan bayaran tol secara elektronik di lebuh raya di bawah kendalian PLUS Berhad, mereka boleh menikmati rebat tol sebanyak 30 peratus pada Rabu dan Khamis, dan pada 22 dan 23 Ogos.
“Manakala bagi lebuh raya lain seperti Lebuhraya Pantai Timur, pengguna akan menikmati diskaun tol di antara 10 peratus hingga 37.5 peratus bermula 18 Ogos hingga 21 Ogos, ” katanya.

