Nana Mengandung

July 18, 2010 No Comments »

Kata Nana, apabila sah bergelar suri hidup Briant, dia bersedia untuk menimang cahaya mata. Selepas sembilan bulan mencuba, impian mereka untuk memiliki zuriat diperkenankan Ilahi.Tatkala itu Nana hanya mampu menzahirkan rasa gembiranya dengan titisan air mata. Dua garisan pada alat ujian kehamilan buat dia melonjak keriangan.

Kata Nana, apabila sah bergelar suri hidup Briant, dia bersedia untuk menimang cahaya mata. Selepas sembilan bulan mencuba, impian mereka untuk memiliki zuriat diperkenankan Ilahi.

Tatkala itu Nana hanya mampu menzahirkan rasa gembiranya dengan titisan air mata. Dua garisan pada alat ujian kehamilan buat dia melonjak keriangan.

“Saya dan suami memang mahu zuriat cepat. Setiap bulan saya buat ujian kehamilan di rumah dan jawapannya menghampakan. Bagaimanapun di satu pagi Februari lalu saya tergerak hati untuk buat ujian kehamilan sekali lagi. Ketika itu jam 4.30 pagi dan Briant tengah nyenyak tidur.

“Tanda dua garisan pada alat ujian itu buat saya terkesima seketika. Rasa macam bermimpi dan cepat-cepat kejutkan Briant untuk maklumkan berita gembira itu. Dia tergamam manakala saya pula tidak dapat menahan air mata daripada mengalir. Kami sangat teruja dan saling berpelukan selepas itu.

“Sungguh, keputusan itu benar-benar buat kami rasa sangat bahagia. Jam 9 pagi kami ke klinik untuk dapatkan pengesahan doktor. Sah, positif lima minggu. Kami terus maklumkan berita gembira itu kepada keluarga.

“Sebelum itu saya teringin sangat nak ada anak sendiri. Lihat kemesraan rakan dengan anak masing-masing buat jiwa saya meronta-ronta. Saya tak sabar-sabar mahu manjakan anak dengan belikan baju dan aksesori comel.

Related posts:

Related Posts

Leave A Response