[Pencerobohan Lahad Datu] : 10 Sulu, 2 komando terbunuh, maut terkena serangan mortar

Pencerobohan Lahad Datu

2 KOMANDO POLIS MALAYSIA MAUT:

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan kedalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

“Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut,” katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Al Fatihah buat pejuang kita INSP ZULKIFLI MAMAT & SJN SABARUDIN yang telah terkorban di Lahad Datu pagi tadi

Anggota polis di pos kawalan utama membawa dua mayat komando polis yang dipercayai terkorban di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada Jumaat.

Dua komando polis telah terbunuh setelah terkena serangan mortar di perkampungan tersebut yang menjadi kubu kumpulan bersenjata Sulu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

10 PEMBERONTAK SULU MAUT

Jumlah individu yang maut atau cedera dalam insiden tembakan balas di antara pihak keselamatan Malaysia dan pemberontak Sulu dipercayai meningkat.

Selepas laporan pertama yang melaporkan dua pengikut Sulu terbunuh dan tiga anggota polis Malaysia cedera, maklumat yang diperoleh dari Kampung Tanduo di sini mendakwa sekurang-kurangnya 10 lelaki Sulu bersenjata mati dan empat lagi cedera.

Namun, tiada laporan mengesahkan mengenai empat anggota keselamatan yang cedera atau berlaku sebarang kematian.

Bagaimanapun, wartawan di pintu masuk Felda Sahabat 17 menuju ke Kampung Tanduo melihat dua mayat diusung menaiki jip oleh kakitangan perubatan pasukan keselamatan Malaysia.

Keluarga Sultan Kiram mengesahkan di Manila bahawa sekurang-kurangnya 10 anggotanya maut manakala empat lagi cedera.

CARIAN:
Pencerobohan Lahad Datu
pemberontak sulu ceroboh lahad datu
kisah lahad datu

Pencerobohan Lahad Datu

Related posts: