Rozita Che Wan Pakai Botox

April 20, 2011 No Comments »

Rozita Che Wan Pakai Botox?, begitulah pandangan sinis segelintir peminat-peminat seni tanah air apabila melihat kecantikan artis-artis yang pada mata mereka cantik. Rozita Che Wan yang sering kali menjadi mangsa fitnah segelintir pihak yang seakan-akan kurang senang dan cemburu dengan kejelitaannya terutama kaum sejenisnya. Soalan bertajuk Botox seringkali ditanya kepada Rozita Che Wan yang kini berusia 38 tahun itu.


Keberkesanan produk Safia Rania Gold kepada kulit wajahnya menyebabkan Rozita tidak teragak-agak menerima tawaran menjadi duta.

 

“Memang sukar hendak memuaskan hati semua pihak kan? Walaupun sudah berkali-kali kita menafikan tetapi masih ramai yang tidak percaya. Saya sentiasa bersyukur dengan kurniaan yang Allah SWT berikan kepada saya dan untuk saya menggunakan botox semata-mata untuk cantik adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Bukankah penggunaan botox itu sendiri sudah mengubah kejadian Allah SWT? Bukan itu sahaja, untuk membayangkan wajah saya disuntik juga saya sudah berasa seram. Begitu juga dengan susuk. Saya tahu ramai yang mengatakan saya mengamalkannya untuk kelihatan cantik setiap masa. Tetapi, maaf. Saya masih waras dan tidak sanggup untuk melakukan kerja-kerja seperti itu,” ungkap Rozita dengan penuh terbuka sewaktu membicarakan tentang isu kecantikan dirinya yang sentiasa menjadi perbualan.


 

Barangkali Rozita boleh dianggap bertuah kerana keaslian kecantikan yang dimilikinya itu telah memikat hati rangkaian produk kecantikan, Safi Rania Gold untuk memilihnya sebagai duta selama dua tahun.

Related posts:

Related Posts

Leave A Response