(Video) Budak Lelaki Yang Kebal di Malaysia

September 10, 2012 1 Comment »
(Video) Budak Lelaki Yang Kebal di Malaysia

(Video) Budak Lelaki Yang Kebal di Malaysia

Seorang budak lelaki yang dikenali sebagai Mohd Adam Jalamaluddin mempunyai satu keistimewaan luar biasa yang mana kulitnya tidak terbakar walaupun dicucuh dengan api:

Itu keistimewaan Mohd Adam Jamaluddin, 13, yang diperolehnya secara semula jadi selepas sering ‘bermain’ dengan api setiap kali membantu kerja ayahnya, Jamaluddin Hamzah, 48, yang mengusahakan bengkel kimpalan besi di Felda Gedangsa, dekat sini. Malah, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia bukan saja tidak berasa panas, sebaliknya berasa sejuk apabila api membakar kulitnya.

“Rasa sejuk macam kena air batu saja dan saya tak tahu kenapa saya tidak berasa sakit,” katanya ketika ditemui.

Mohd Adam berkata, sejak membantu ayahnya melakukan kerja kimpalan besi empat tahun lalu dia sentiasa terdedah dengan percikan api kimpalan dan besi tajam, namun pelik mengapa kulitnya kebal.

Related posts:

One Comment

  1. gambar atas lucu September 14, 2012 at 9:59 am - Reply

    untunglah

Leave A Response