Video Kemalangan Ngeri Di Arab Saudi
Astagfirullahalazim.. Hanya itu yang mampu admin sebutkan setelah menonton video ini dan mendoakan agar kejadian sebegini tidak berlaku di Malaysia. Satu video Youtube tentang sebuah kemalangan jalan raya di Arab Saudi telah tersebar dengan luasnya. Setakat ini jumlah views mencecah hampir 2.8 juta orang. Kemalangan ini memang sungguh mengerikan kerana ia terjadi dari awal hingga akhir kejadian yang mana ia sempat dirakamkan oleh salah seorang saksi yang berada di situ:

Pada awalnya, ia sekadar menunjukkan kereta jenis Toyota Camry berpusing melawan arah jalan lalu terbalik. Namun tak sangka pula ia telah menyebabkan penumpang di dalamnya tercampak keluar malah ada yang terhumban tinggi kehingga 10 kaki!
Lebih memeranjatkan, video itu turut merakamkan sebelah kaki kepada salah seorang daripada nahas jalan raya itu terpelanting jauh. Dikhabarkan kemalangan yang berlaku pada sekitar June 2012 telah mengorbankan empat orang penumpang yang berada di dalam kenderaan berkenaan.
Mari kita sama-sama kongsikan video ini agar menjadi iktibar supaya kita lebih berhati-hati di jalan raya.



